.

Facebook!

Saturday, January 30, 2010

PERKAHWINAN - Siti Maryam & Fauzi

Batu Pahat, Johor
20091220

Siti Maryam merupakan rakan kami sewaktu di bangku sekolah dahulu. Sudah 7 tahun lamanya kami tidak berjumpa dan perjumpaan kali ini, Maryam bukan lagi berstatus seperti dahulu.

Majlis perkahwinan di Batu Pahat, Johor ini kami rasakan punyai lebih adat dari 2 majlis yang pernah kami bertugas sebelum ini. Lebih banyak agenda dan aturcara. Dan setakat ini, rasanya inilah tugas kami yang paling memenatkan dari sebelum-sebelumnya. Seawal jam 5 pagi, kami bergerak dari Lembah Kelang untuk menjalankan tugas di sini. Sepanjang majlis, terkejar kejar untuk mengambil gambar.

Majlis kali ini juga menyaksikan buat pertama kalinya kami mengambil gambar dari pengantin bersiap sehinggalah habis. Kali ini juga ada persandingan dan sesi bergambar khas. Pengalaman baru untuk kami.

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 

Walaupun banyak gambar candid, banyak juga gambar portrait dan terima kasih kepada mak andam yang membantu kami dalam mengajar pengantin dan kami, bagaimana untuk 'pose'. Kita sering mengkritik gambar kahwin orang, terutama sekali gambar-gambar aksi dan sesi bergambar yg selalunya dibuat di hujung majlis. Tapi bila melakukan sendiri, baru kami sedar yang ianya tidak semudah gambar-gambar yang kami pernah lihat. Tabik spring untuk photographer2 terkenal di luar sana.

Dan selepas itu kami bercadang untuk membuat sesi outdoor pertama kami, memandangkan majlis-majlis yg kami ambil gambarnya sebelum ini, belum pernah ada sesi outdoor. Tetapi keadaan tidak mengizinkan bila hujan mula turun dengan lebat sekali. Namun apa-apa pun, pengalaman kali ini sungguh bermakna buat kami dalam memajukan lagi kemahiran kami.

Terima Kasih daun keladi, buat pihak pengantin dan keluarga.

Friday, January 29, 2010

DINNER - Majlis Perpisahan Pelajar Putera Puteri Januari 2007, Kolej Kejururawatan Pusrawi

Wisma Sejarah, Kuala Lumpur
20091204

Untuk tugasan ke-3, bukan majlis perkahwinan, tetapi majlis makan malam yang diselitkan dengan pelbagai acara dan persembahan. Memandangkan majlis ini totally indoor dan hanya bergantung dengan cahaya lampu yang sedia ada, salah seorang dari kami menggunakan speed light dan lense f2.8, dan seorang lagi kebetulan baru sahaja membeli prime 50mm f1.4. Jadi pada malam itu kami telah ke 'gelanggang' dengan beberapa peralatan baru, dan kami sgt bersyukur kerana speed light dan prime lense sangat membantu.

Tugasan malam ini juga lebih mudah dan rileks berbanding majlis perkahwinan sebelum ini kerana aturcara majlis yang lebih ringan dan sedikit dan kebanyakan gambar adalah candid. Kami juga ditugaskan untuk lebih fokus kepada batch 'kelas Januari 2007' sahaja.
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 

Gambar yang dihasilkan oleh prime lense memang di luar jangkaan. Sangat tajam dan warna nya juga cantik membuatkan kami rasa seronok dan ingin mengambil gambar lagi di dalam dewan sebegini. Dan lebih menarik sebab dewan sebegini berpenghawa dingin, berbanding dengan majlis perkahwinan outdoor, biasanya di hujung majlis bau-bau yang menarik sudah boleh dapat dihidu.

Pengalaman mengambil gambar di dalam dewan sebegini memang sangat baru buat kami, kerana sebelum ini kami ambil gambar majoritinya dilimpahi cahaya matahari. Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh kecerian.

Terima Kasih kepada cik Murni kerana memberi tugasan ini kepada kami.

PERKAHWINAN - Imran & Aisyah dan Farhan & Nurhafizah

Ipoh, Perak
20090809
Berbekalkan pengalaman beberapa minggu lepas, kami menerima tugasan kedua. Kali ini oleh 2 orang kawan baik kami, Imran dan Farhan, adik beradik yang juga merupakan rakan sekolah kami yg membuat majlis perkahwinan sekali. Dalam hati, kami mengambil gambar kerana ingin membantu kawan, dan kami mula rasa seronok dan enjoy mengambil gambar. Tidak terlintas pun untuk membuat kerja sambilan atau mencari duit lebih kerana kamipun tidaklah sehebat mana, tapi fotografi telah menjadi hobi kami. Kami yakin kami akan bertambah maju suatu hari nanti.

Lokasi majlis perkahwinan kali ini adalah di dewan serbaguna. Bermula dari rumah pengantin, penganting akan diarak ke dalam dewan yang hanya 50meter dari rumah. Mengambil gambar Indoor merupakan pengalaman yang baru untuk kami kerana cahaya yang kurang menyebabkan banyak gambar jadi blur. Nasib baik salah sorang kami membawa speed light, itu pun baru-baru belajar guna. Tetapi mengambil gambar indoor tetap mencabar buat beginner seperti kami. Hasil yang diperolehi tidak lah sehebat mana, tetapi cukuplah untuk dijadikan memori buat pengantin dan keluarga, juga kami.


 
  
  
  
  
  
 
  
  
   
  
  
  
  
 
  
  Seperti majlis yang sebelumnya, kami masih fokus dalam mengambil gambar candid. Kerana bagi kami, candid mencerita cerita yang sebenar. Cerita yang di abadikan dalam bentuk gambar. Tetapi tidak di abaikan gambar-gambar seprti group photo dan sedikit portrait. Belajar di lapangan memang begitu susah dan memenatkan. Dalam kepala sentiasa risau dengan hasil akhir nanti. Jumlah masa kami bertugas lebih kurang 6 jam, dari jam 11pagi hingga 5 petang. Total gambar yang diambil mencecah 900 gambar.

Untuk editing dan 'membetulkan' gambar, kami buat sedang2 memandangkan tiada di antara kami yang betul-betul mahir. Semuanya baru belajar. Namun kami tetap puas dan gembira dengan kerja kami.
Terima Kasih kepada pihak pengantin dan keluarga.