.

Facebook!

Thursday, January 28, 2010

PERKAHWINAN - Salman & Fatimah


TTDI Shah Alam, Selangor
20090802

Ini merupakan kali pertama kami mengambil gambar untuk majlis perkahwinan. Dan juga merupakan pengalaman pertama kami di upah untuk mengambil gambar. Asalnya jurugambar majlis ini adalah orang lain, namun atas sedikit masalah dia tidak dapat hadir ke majlis ini. Dan kami yg merupakan sahabat handai di minta untuk meneruskan tugasnya memandangkan kami pun baru memeliki DSLR dan masih berdarah panas untuk mengambil gambar. Pada mulanya kami menolak atas kurang pengalaman dan ilmu. Peralatan kami pun terlalu basic. Hanya berbekalkan kamera dan lense kit. Tapi pelung sebegini mungkin tidak datang selalu, jadi kami tekad untuk mencuba. Malam sebelum majlis, kami membuat sedikit ulang kaji. melihat beratus jenis gambar kahwin dan candid. Kami buka setiap blog dan website perkahwinan yang kami jumpa dan kami lihat semua gambar mereka. Kami juga mencari tips-tips menjadi seorang jurugambar perkahwinan.

Salman merupakan sahabat baik kami ketika di sekolah lagi. Beliau merupakan seorang jejaka yang cukup baik dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin dan kawan yang baik dan bertanggung jawab.  Memandangkan aturcara majlis adalah cukup ringkas, majoriti gambar yang diambil adalah candid.




 
 
 
 
 
 
 

Jumlah gambar yang di ambil lebih kurang 800 gambar, dari 11 pagi hingga 5 petang. Banyak yang kami dapat belajar dan paktis dari pengalaman pertama ini. Di hujung majlis, kami masing-masing sudah banjir di dalam. Cuaca yang terik, walaupun panas sangat membantu dalam mengambil gambar. Kami sangat ghairah pada mulanya. Ingin merakam segala-galanya sehingga ditegur ibu pengantin agar tidak 'terlalalu rajin'. Kami rasau agar terlepas aksi-aksi menarik yang sepatutnya kami rakam. Namun begitu kami tetap bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.

Kemudian selepas majlis, perlu pula untuk memilih gambar dan melakukan editing. Waktu ini kami masih sangat buta dalam banyak perkara. White balance pun kami tak tahu apa. Kami hanya bermain dengan brightness and contrast, agar gambar sedap dipandang. Setelah berbincang, kami membuat keputusan untuk memberi hampir semua gambar, gambar asal dan gambar yang di edit. Namun gambar2 yang 'tidak sedap mata dipandang' kami buang. Terima Kasih kepada pihak keluarga Salman.

No comments:

Post a Comment