.

Facebook!

Saturday, January 30, 2010

PERKAHWINAN - Siti Maryam & Fauzi

Batu Pahat, Johor
20091220

Siti Maryam merupakan rakan kami sewaktu di bangku sekolah dahulu. Sudah 7 tahun lamanya kami tidak berjumpa dan perjumpaan kali ini, Maryam bukan lagi berstatus seperti dahulu.

Majlis perkahwinan di Batu Pahat, Johor ini kami rasakan punyai lebih adat dari 2 majlis yang pernah kami bertugas sebelum ini. Lebih banyak agenda dan aturcara. Dan setakat ini, rasanya inilah tugas kami yang paling memenatkan dari sebelum-sebelumnya. Seawal jam 5 pagi, kami bergerak dari Lembah Kelang untuk menjalankan tugas di sini. Sepanjang majlis, terkejar kejar untuk mengambil gambar.

Majlis kali ini juga menyaksikan buat pertama kalinya kami mengambil gambar dari pengantin bersiap sehinggalah habis. Kali ini juga ada persandingan dan sesi bergambar khas. Pengalaman baru untuk kami.

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 

Walaupun banyak gambar candid, banyak juga gambar portrait dan terima kasih kepada mak andam yang membantu kami dalam mengajar pengantin dan kami, bagaimana untuk 'pose'. Kita sering mengkritik gambar kahwin orang, terutama sekali gambar-gambar aksi dan sesi bergambar yg selalunya dibuat di hujung majlis. Tapi bila melakukan sendiri, baru kami sedar yang ianya tidak semudah gambar-gambar yang kami pernah lihat. Tabik spring untuk photographer2 terkenal di luar sana.

Dan selepas itu kami bercadang untuk membuat sesi outdoor pertama kami, memandangkan majlis-majlis yg kami ambil gambarnya sebelum ini, belum pernah ada sesi outdoor. Tetapi keadaan tidak mengizinkan bila hujan mula turun dengan lebat sekali. Namun apa-apa pun, pengalaman kali ini sungguh bermakna buat kami dalam memajukan lagi kemahiran kami.

Terima Kasih daun keladi, buat pihak pengantin dan keluarga.

1 comment: