.

Facebook!

Wednesday, February 3, 2010

SUKAN - Pertandingan Ragbi InterVarsiti

UNITEN
Bangi
201001

Ini adalah lebih baru untuk kami memandangkan tiada antara kami yang pernah mengambil gambar sukan. Memandangkan tugasan yang diberikan hanyalah untuk menangkap gambar aksi-aksi ketika sukan sedang dijalankan, rasanya itu tidaklah menjadi masalah besar, cumanya kami tiada pengalaman langsung.

Cuaca pagi itu cukup baik. Panas terik. Baik untuk mengambil gambar aksi tetapi kurang baik kerana kami terpaksa berjemur untuk menyelesaikan kerja ini. Berbekalkan lense 2nd hand berumur 6 tahun, AF Zoom-Nikkor 70-300mm f/4-5.6G, banyak juga gambar yang kurang tajam. Mungkin kerana tiada VR atau tersalah fokus akibat kurang pengalaman. Dan mungkin juga lense murah yg dah berumur hanya mampu menghasilkan gambar yang sedang-sedang sahaja. Walaupun begitu, pengalaman seharian di stadium UNITEN ini cukup berharga kerana ini adalah pengalaman pertama dalam mematangkan lagi kami dalam seni fotografi ini.


















Kami sekarang cuba untuk bermain tone. Masih dalam proses cuba-cuba. Melihat hasil kerja mereka yang pakar, tone byk membantu dalam menghasilkan gambar yang lebih mempunyai jalan cerita dan unik. White balance yang tidak bnetul juga boleh di sembunyikan dengan tone yang menarik.

Terimakasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami
=]

No comments:

Post a Comment