.

Facebook!

Saturday, March 13, 2010

PERTUNANGAN - Aizat & Yasmin

Beverly Heights
Ampang Kuala Lumpur
27 Febuari 2010

Ini adalah majlis pertunangan pertama yang kami ambil gambar. Majlis bermula di awal pagi, di rumah Aizat di Klang. Sedikit bacaan doa selamat dan briefing di lakukan sebelum kami bersama ahli keluarga bergerak ke Beverly Height. Majlis pertunangan lebih mudah dan rileks jauh berbanding majlis perkahwinan. Jadi kami tidaklah sepenat majlis-majlis yang sebelum ini kami ambil gambar.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 




Di majlis ini juga, kami banyak melakukan eksperimen terhadap flash, dimana sebelum ini salah seorang dari kami tidak begitu gemar menggunakan flash, dan hanya gemar menggunakan cahaya yang sedia ada. Namun pengalaman lepas mengajar kami. Dan akhirnya kami tersuka flash. ehee. Memandang kami pun masih baru, memang banyak perkara mengenai aspek fotografi yang perlu kami belajar lagi, begitu juga dalam mengambil gambar majlis, terutamanya majlis kenduri kahwin.

Dan di majlis ini juga merupakan kali pertama kami melakukan penggambaran portrait outdoor. Banyak perkara baru yang kami perlu belajar. Terima kasih kepada Aizat dan Yasmin yang percaya kepada kemampuan kami.




No comments:

Post a Comment