.

Facebook!

Sunday, April 11, 2010

Majlis makan malam - 25 Tahun Hira'

25 Tahun Hira'
Malam Jasamu Dikenang
Grand Imperial Ballroom
Centro, Klang, Selangor
3 April 2010

Institusi Pendidikan Hira' adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang merangkumi pelbagai aspek, termasuk akademik, kokurikulum, deeniyyah aktiviti luar dan pada masa yang sama mementingkan pembentukan peribadi muslim. Dan pada tahun 2010, institusi ini telah megah membangun selama 25 tahun, berkhidmat dalam menghasilkan insan-insan yang berkuali, berkemampuan, berkepimpinan dan berkeperibadian muslim.

Inilah sekolah kami. Kami bangga dengan sekolah kami. Dan pada malam ini, kami kembali ke majlis institusi ini untuk merakam memori-memori yang tercipta di Dewan Centro Klang ini. Majlis ini bermula sekotar jam 630 petang sehingga 12 tengah malam. Sebuah majlis yang begitu menarik dan bernilai untuk dikenang. Majlis ini di anjurkan oleh ALIPH (Alumni Institusi Pendidikan Hira') bagi mengenang jasa-saja insan yg telah banyak berkorban dalam menghasilkan manusia yang berguna.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






Namun malam ini, salah seorang dari kami tidak dapat bertugas sebagai tukang ambil gambar, jadi kami terpaksa mencari pengganti, seorang rakan sekolah lama kami yang juga merupakan seorang doktor di Putrajaya. Seperti yang tugasan sebelum ini, kami masih kekok bermain flash. Kami juga menghadapi masalah dengan flash pada mulanya. Memandangkan masih berjinak-jinak bermain dengan flash, agak payah mulanya untuk menyusuaikan diri. Namun sebelumj VIP tiba, baru kami perasan yang bateri flash sudah lemah. Bateri baru terus menyelesaikan masalah. Fuhh. Pengalaman itu adalah sebaik-baik guru.

Majlis makan malam sebegini tidaklah sesusah dan sepenat majlis kenduri kahwin. Dan seperti biasa kami lebih gemar mengambil gambar candid. Dan tidak dilupakan, kami juga minat mengambil gambar kanak-kanak dan bayi yang hadir. Ekspresi muka mereka begitu jujur dan telus, belum pandai berlakon dan berposing. Yang penting, tenungan mata mereka sangat memukau. Malam yang seronok. Pengalam yang bagus dan banyak dapat dipelajari. 

Antara perkara yang membuat kami sedikit jangkel atau segan adalah, majoriti yang hadir adalah kenalan dan guru-guru kami, dan kami kenal kebanyakannya. Jadi kami semacam segan untuk beraksi dihadapan orang-orang yang kami kenal ehehe.

Tahniah ALIPH!

No comments:

Post a Comment